Tuan Punya Cerita

My photo
Somewhere Over the Rainbow
I am no Nyonya.

September 24, 2013

Here and There

Yosh!

Assalammualaikum w.b.t eberibadi!Moga hidup korang dilimpah kurnia dan rahmat Allah s.w.t selalu! Aminnn..
Bahagia je post blog pagi-pagi rahmat ni. Mana taknya, internet super laju kot. Passenger pun tak berapa nak meriah lagi, so ambil kesempatan sekejap memblog. Dah lama gila (?) tak update blog. Busy sokmo.

Last 6 month (ingat tak ingat la), aku holiday dekat Krabi uolls! Last minute punya holiday. Mana taknya, besok nak fly, passport baru siap hari ini. Booking flight pun aku yang paling last tapi sampai airport paling awal. Nampak tak kesemangatan nak pergi holiday tu. hahaha. Stay dekat Krabi 6 hari, merempit sudah, berenang sudah, berjimba sudah, bermabuk2 laut sudah, memanjat sudah, cuma tak sempat nak pergi Phuket saja sebab jauh bebenor Phuket tu dari Krabi (kalau merempit macam kitorang la).
Cukup cerita pasal Krabi.

Dah pandai guna teknologi dah sekarang ni. Gambar kalau boleh dicollage kan terus je.
Maleh nak meng'upload' satu-satu.
*Pics taken from Karat's and Ejam's FB*


Masuk cerita pasal grad. Yes! Grad! Selepas 4 tahun tunggang tonggeng terbalik terbeliak nak habiskan 4 tahun tu, dan Sabtu lepas, (21 September 2013) I am officially graduated from UniKL MIAT! Alhamdulillah.
First batch pulak tu yang grad for Aviation Management. Berbangga-bangga terbangga-bangga terkembang-kempis weollss. Ye la, nak habiskan 4 tahun tu bukan senang. Kelas pagi petang malam, assignments bertan-tan, projek paper berguni-guni, quizzes, final exams nak kena hadap, bertin-tin redbull, berpaket2 nescafe kaler hijau, dan sepeket tongkat ali (jenama aaaa aaaa aaa aaaa li alicafe). Kenapa sepeket, jangan tanya aku. Hahaha. Tapi bila fikir tu semua untuk apa yang aku dapat sekarang, rasa berbaloi-baloi kak kiah. wuhhoo!


KFC di ceruk hatiku. Lol!

So sekarang, aku dah pun berkerjaya (ayat carrierwomen sangat noksss).  Alhamdulillah, dalam bidang penerbangan juga. So apa yang aku timba masa belajar dulu, aku boleh besen kan dekat company ni. hahaha.

Okke.
Cukuplah kot.
Usus dah menjerit-jerit minta nak makan ni.
Cheers!

;)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...