Tuan Punya Cerita

My photo
Somewhere Over the Rainbow
I am no Nyonya.

May 08, 2011

Happy Mama's Day,Mama!!

Yosh!!

Hari ni Mother's Day kan??haha! Thanks to KayRoro coz' she just gave me this awesome idea  on what to post on this special day for mothers out there. Thanx bud! hehe.

Okke. Back to business.

Kali ini aku nak story mory sikit kat korang pasal Mak ni. Ada yang panggil Mak, ada yang panggil Ibu, ada yang panggil Ummi, ada yang panggil Mummy (ala2 matsaleh gitu kan), and ada yang panggil Bonda. Macam kes aku, aku panggil insan yang melahirkan aku ni, Mama. Kenape Mama ek?? Itu aku x tahu. Maybe sebab nampak macam manja gitu kan. hahah. Gediks.

Mashitah Binti Desa.
Itu Mama ataupun lebih mesra dikenali sebagai CikPuan (Dato' Abah yang suh panggil cam 2). Mama aku ni laen sikit. Kitorang adek beradek cukup takut dengan Mama. Bukan takut sebab Mama kaki dera ke kaki buli ke kan. Takut sebab kitorang terlampau respek dengan beliau. Meh nak crite sikit.
............................

Masa zaman aku kanak2 'Tora Datang Lagi!', aku x siapkan homework pastu buleh dengan tanpa rasa bersalah sikit pun kat cikgu aku yang bersusah payah bagi homework tu, aku terus tido. Hobi Mama adalah menge'check' beg2 sekolah kitorang before beliau masuk tido. Ditakdirkan, beliau jumpa buku homework aku tuh. Dengan ghase agak paneh dengan kelakuan anak mithali beliau, terus beliau kejutkan aku and on the spot, beliau memaksa aku siapkan homework tersebut. Ish3. tu baru sikit. Paling teruk aku pernah kena, Mama koyak buku tulis aku sebab aku dapat tanda'?' baek punya besar,anugerah dari guruku yang terchenta. Dah kena buat laen. Tapi disebabkan 'hobi' Mama tuh, Alhamdulillah, I'm here. Still work hard to pursue my dream. hehe.

Mama paling strict kalau melibatkan agama2 ni. Beliau xmaw anak2 beliau jadi sampah. Trash. Pernah sekali aku monteng kelas mengaji, bila balek rumah je, terus kena bambu dengan rotan sebesar saiz lidi ko. Korang taw x, semakin kecik saiz sebatang rotan tu, semakin sakit azab yang diterima???
Perghh.. Guwa cakap lu, terus taubat nasuha kot lepas tuh. hahaha. Till now, i've been wondered, sapelah yang gatal mulut sangat pegi repot kat Mama..hmmm..
(Itu baru rotan. X masuk lagi hanger baju. haaaaa..just imagine. hahaha)

Aku paling x buleh tengok kalau Mama menangis. Japgi aku ikut nanges sekali. Lihatlah. Betapa sentimentalnya jiwa guwa. hahaha. Kadang2 Mama tengah kupas bawang pun, aku nanges sekali. (okke.ni tipu.hahah)


Seorang Mama, mestila nak makesure anak2 die sehat kan. Dari zaman aku tadika sampai la sekarang, da besa panjang camni, Mama still hantar makanan kat kitorang. Masa zaman2 before aku masuk U, pagi2 lagi before kitorang bangun pergi sekolah, beliau dah siap gorengkan nugget dengan fries lagi. Tuh kitorang punya bekal (eleh,bajet anak matsaleh la 2). Ish3. bukan bajet anak matsaleh, tuh la makanan paling jimat kitorang buleh afford pun. Kitorang ni kais pagi makan petang. kais petang makan malam. heheh. Kalau aku ade kelas tambahan, Mama mesti datang hantar bekal nasik and lauk ayam. Membe2 aku pakat jeles semua. hahaa. Ni dah masuk U pun, kalau ade masa, tiap2 weekend, Mama mesti datang hantar rendang ayam ke, laksa ke, sambal ikan bilis ke kan. Aku cukup salute dengan instinct Mama. Mama tawu je yang anak ni mesti tengah lapar, tambah2 bila hujung bulan. huhuh. Terharu.

Ramai orang kate, muka aku serupa macam Mama. Hellooooo!!! I'm her DAUGHTER okke??? Mestilah kena sama walaupun x 100%. hehe. Mane buleh same. Mama lagi vouge kot. haha. And also, ramai orang kate, Mama ni garang. Aduh. Korang x kenal mak aku. Memang la korang kate die garang sebab pe yang aku nak buat, aku mesti kena bagi laporan punya. hahah. The truth is, my Mama sempoi gile kot!! Sumpah tak tipu punya. X percaya, cuba tanya Cik Bespren. Anak angkat mak aku kot. haaa. hehehe.

same ke??


To Mama,
Mama, terima kasih sebab sudi besarkan anak ni. Terima kasih sebab selalu maafkan anak ni yang kadang2 buat mama menanges. Terima kasih sebab percayakan anak ni walaupun orang lain x percaya dengan die. Terima kasih sebab selalu masak lauk ayam semata2 untuk anak ni. Terima kasih sebab sanggup bergaduh dengan orang yang burukkan anak ni. Terima kasih sebab selalu buatkan bekal untuk anak ni yang kadang2 lupa nak berterima kasih dengan bekal tu. Terima kasih sebab sudi dengar masalah anak ni. Terima kasih sebab selalu pikirkan yang ape yang terbaek untuk anak ni. Terima kasih sebab tak pernah anggap anak ni beban. terima kasih sebab sudi rotan sebab kalau x kerana rotan tu, mesti anak ni dah jadi 'sampah'. Terima kasih sebab sudi jadi kawan ni bila x ada orang yang sudi jadi kawan anak ni. Terima kasih sebab sudi berjaga malam bila anak ni demam teruk. Terima kasih sebab sanggup sama bersengkang mata teman anak ni overnite study. Terima kasih sebab selalu ghase anak ni lagi hebat dari anak orang laen walaupun anak ni selalu mengecewakan.


Anak ni,
Kakak.

TERIMA KASIH BEBANYAK MAMA AND HAPPY MAMA'S DAY!!
KAKAK SAYANG MAMA BANYAK2!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...