Tuan Punya Cerita

My photo
Somewhere Over the Rainbow
I am no Nyonya.

June 24, 2011

For My SuperAbah!

Yosh!


0400. Still awake.haih.


"anak dara pa tidoq lambat nih!patotla muka tu jerawat penuh.asyik tidoq lambat ja!"


Tu dialog harian CikPuan Mama. And kengkadang Dato' Abah.haha.
Darn yu jerawat! Tyme kritikal camni la kaw nak meng'expose'kan diri kan. Kalau keluar sebijik dua, aku x kesah lagi. Ni da macam ladang jerawat dah ni. ish3. Tiap2 malam aku tempek bedak sejuk. Hamek kaw! haha.


Ish! Lari topik dah ni! Aku nak buat tribute to my SuperAbah. It's his Birthday (17th June) and for Hari Abah. Not for Cik Jerawat yang gila glemer 2. heh. 


Okke. Here it is..


__________________________________

Abah.
My very first man. Takkan woman pulak kan. (mane la nak taw kan,kot2 ade yang panggil mak dorang 'Abah' kan..who knows meh!).
Abah yang aku kenal, he's a cold but such a loving person. I mean that,he's been raised like that. Abah anak lelaki sulung, so, Abah had to take the responsibilities to take care of his adik beradik. Korang sendiri taw la kan, macam mana orang dolu2 didik anak dorang. Ganeh. haha.

Seorang Abah.
Hampir aku bergelar anak yatim. Maha Suci Allah. Abah masih dengan kami. Alhamdulillah. 
Biarla mekeme2 yang kenal aku je tawu crita ni. Yang aku taw, TERIMA KASIH YA ALLAH!!

Abah.
Dari bedtime story yang aku dengar dari Tok aku, yakni ibu Abah, Abah ni seorang Abah yang pemalu sesangat. wuish. Bapak borek anak rintik! haha. Masa Abah muda remaja dolu2, Abah pernah accident and being warded. Kengkawan sekolah Abah datang la melawat Abah. Nak dijadikan cerita, dalam reramai kawan Abah yang datang melawat tu, ade la kengkawan perempuan. Bila Abah taw je kengkawan perempuan beliau datang melawat, terus Abah buat2 tido. Tok cakap, Abah xbukak mata sampai kengkawan perempuan beliau balek. hahaha! CikPuan Mama bila dengar je cerita tu, terus CikPuan bahan Abah. hahaha! 

(p/s: Aku pown pemalu jugak, tapi pemalu aku, kengkawan perempuan aku bule kira dengan jari kaki. hahaha.)

Actually banyak cerita yang Tok cerita pasal Abah. Tapi biarla aku dan mekeme2 itu saja yang taw. Korang tawu yang basic2 sudah. haha.

Seorang Abah takkan pernah sanggup tengok anaknya down. Abah selalu support and backup aku. Masa aku fail SPM (bagi aku,aku failed bila aku x dapat straight A's), masa aku dalam dilemma nak pilih universiti mana patot aku masok, bila aku menangis kena hantam dengan CikPuan (pasal aku baek sangat). heheh.

Abah selalu pesan, 
"belajar rerajen. Ubah taraf hidup kita. Abah cuma mampu bagi apa yang Abah mampu je. Itu yang paling termampu Abah buleh bagi. Pelajaran."
Tertacak ayat2 tu dalam pale otak aku yang agak2 kosong ni. huhuhu.

Masa zaman aku muda2 kanak2 ribena dolu2, kan basikal mountain bike femes gila. Sape yang ada basikal tu kira gempak a orang tuh. 

"Abah, akak nak mountain bike buleh dak?"
"Mountain bike?Beskal jenis apa tuh?"
"Ala, yang macam beskal racing tuh,"
"Owh."

Simple jawapan Abah. 
Lepas dari hari tu, Abah selalu balek lambat. Selalu Abah sebelum Maghrib dah sampai rumah. Tapi ini kengkadang sampai dah tengah malam pown Abah tak balek lagi. Kebiasaan aku dari kecik, kalau tak dengar suara Abah, walaupun sekadar Abah berdehem, aku tak buleh tido. Jangan tanya awat. Aku x taw.

"Awat Abah balek lambat?"
"Ni awat yang tak tidoq lagi nih??Pi masuk tidoq tuh."

Tu la Abah. Tak pernah nak jawab soalan.

Masa birthday aku yang ke-9, if I'm not mistaken la, ce teka apa hadiah birthday aku??

Correct!pandai korang!Ni mesti tiap2 sem korang dapat dekan kan?? haha.
Mountain bike a.k.a besikal racing!!Gila weh! Korang taw dak bape tinggi aku lompat masa aku dapat hadiah tuh???Terus aku g tayang besikal tu kat anak Cik Jah yang kerek tuh. hahaha. 
Apa yang buat aku lagi appreciate besikal tu adalah, bila CikPuan Mama cakap yang Abah kerja overtime dalam bulan tu. Semata2 nak kumpul duit, beli besikal idaman Malaya aku tuh. Wa cakap lu, aku meleleh kot. Meleleh sesangat sampai bila aku teringat cerita 2, aku still meleleh lagi. 

UniKL MIAT or UniMAP???
Aviation or business??
Abah cakap ambil aviation. CikPuan cakap business.
Pening??
Ya!!Sesangat!
UniKL IPTS. Belanja banyak. UniMAP IPTA. Belanja sikit.
'
Abah cakap, 
"Kakak kan minat kapal terbang.Dari kecik kakak kan suka kapal terbang. Ambil la UniKL. Takpa la. Abah tanggung,"

CikPuan cakap,
"Ambil la UniMAP. belanja tak banyak. Mama lagi suka kakak masuk UniMAP."

Aku cakap,
" . . . . "

Tapi selepas pikir masak2,semasak2 nangka busuk yang jatuh bergolek ke tanah, aku ambil UniKL. CikPuan agak kecewa la tapi lepas tu CikPuan okke je. Yang paling seronok, Abah la. Abah taw minat aku yang mana. Abah seronok bila tengok anak Abah beronok2. 

Masa aku kecik2 dolu, aku suka gila dengan kapal terbang. Abah sanggup berhenti tepi jalan semata-mata nak bagi aku tengok kapal terbang. And now, I;m gettin' closer to it. Working with airplanes. InsyaAllah.

____________________________


To Abah,
Abahla Superman, Spiderman, Batman, Cicakman akak. 
ABAH THANKS FOR EVERYEVERYEVERYEVERYTHING!!!
AKAK SAYANG ABAH!!

hugs and kisses,
kakak!


______________________________

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...